|
||||||||||
JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Semua guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan PSS. 2. Semua guru diharap mencatatkan semua maklumat tentang pinjaman bukan buku atau bahan bukan buku di dalam rekod pinjaman dan penggunaan yang telah disediakan. 3. Semua bahan yang dipinjam mestilah dipulangkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik. 4. Murid dilarang keras mengambil dan memulangkan bahan yang telah dipinjam oleh guru. 5. Bagi guru-guru yang membawa murid ke PSS, PASTIKAN MURID-MURID MEMULANGKAN BUKU TERLEBIH DAHULU SEBELUM MASUK KE PSS DAN SETERUSNAYA MEMINJAM BUKU BARU. 6. Guru mengawasi / mengawal murid-murid yang dibawa ke PSS demi keselamatan alatan di PSS dan juga murid. 7. Laporkan sebarang kerosakan atau kecurian dengan segera kepada Guru Perpustakaan atau Guru Media. 8. Pastikan PSS ditinggalkan dalam keadaan yang bersih, kemas dan teratur. 9. Pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan PSS. 10. Simpan semua buku di tempat asal dalam keadaan yang baik. 11. Pulang buku yang di pinjam sebelum meminjam buku yang baru. 12. Pastikan perpustakaan bersih dan kemas sebelum meninggalkannya. 13. Sila laporkan dengan segera seandainya berlaku sebarang kecurian atau kehilangan buku kepada pengawas perpustakaan atau guru perpustakaan. 14. Susun semua kasut di tempat yang disediakan. PERINGATAN UNTUK SEMUA MURID. Ø Sekiranya murid menghadapi sebarang masalah berkenaan perpustakaan, maka pelajar hendaklah berjumpa dengan mana-mana pengawas PSS atau guru PSS Ø Jika didapati ada murid yang melanggar peraturan perpustakaan, tindakan yang sewajarnya akan diambil.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |